Penggunaan Lembaran Kerja Berstruktur Dalam Memahami Langkah Penyelesaian Persamaan Pembezaan Biasa

Authors

  • Ku Nasharudin bin Ku Hamid @ Ku Ismail
  • Nurulhuda Muhamad Nasir
  • Syukrul Hassani bin Jamaludin

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan lembaran kerja berstruktur dalam membantu 
pelajar memahami langkah penyelesaian Persamaan Pembezaan Biasa (ODE) dalam kursus Matematik 
Kejuruteraan 3 di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal POLIMAS. Berdasarkan pemerhatian awal, didapati ramai pelajar menghadapi kesukaran dalam memilih kaedah penyelesaian dan menyusun langkah secara sistematik, akibat tahap abstraksi konsep yang tinggi dan kekurangan pendekatan pengajaran yang berstruktur. Menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1994), kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi. Lembaran kerja direka bentuk dengan panduan langkah demi langkah, disertai contoh grafik bagi membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan teknik penyelesaian seperti pengamiran terus, pemisahan pembolehubah, persamaan homogen, dan penggunaan faktor pengamiran. Data diperoleh melalui ujian pra dan 
pasca, temu bual separa berstruktur, serta pemerhatian semasa sesi pengajaran. Hasil kajian menunjukkan 
peningkatan ketara dalam prestasi akademik (purata markah meningkat daripada 49.0% kepada 75.6%), 
peningkatan keyakinan pelajar, dan penglibatan aktif dalam pembelajaran. Kesimpulannya, penggunaan 
lembaran kerja berstruktur terbukti berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam 
menyelesaikan masalah ODE, sekaligus disarankan sebagai amalan berterusan dalam pengajaran subjek ini 

Kata kunci: Persamaan Pembezaan Biasa, Lembaran Kerja Berstruktur, Matematik Kejuruteraan, Pembelajaran Aktif, Pendidikan Politeknik

Downloads

Published

2025-10-18