Menelusuri Kecenderungan Pelajar IT Terhadap Penguasaan Bahasa Python dalam Era Revolusi Industri 4.0
Abstract
Bahasa pengaturcaraan memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan kemahiran teknikal
pelajar dalam bidang Teknologi Maklumat. Seiring dengan perkembangan industri, Python muncul sebagai antara bahasa yang paling digemari dan digunakan secara meluas dalam aplikasi semasa seperti pembangunan web, analisis data, automasi dan kecerdasan buatan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan pelajar Teknologi Maklumat dalam memilih Python sebagai bahasa pengaturcaraan utama, dengan meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tersebut dari aspek kemudahan pembelajaran, aplikasi praktikal, dan prospek kerjaya. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada 115 orang pelajar IT semester akhir di beberapa buah politeknik. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif dan inferensi untuk mengenal pasti corak kecenderungan dan hubung kait antara faktor yang dikaji. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti pelajar memilih Python disebabkan kesederhanaan sintaks, kemudahan akses kepada bahan pembelajaran dalam talian, dan kesesuaiannya dengan keperluan industri masa kini. Kajian ini menyarankan agar kurikulum pengaturcaraan terus menekankan penggunaan Python sebagai medium utama, selari dengan keperluan pasaran
kerja dan minat pelajar. Penemuan ini juga boleh dijadikan asas dalam merangka pendekatan pedagogi yang lebih berkesan dan relevan terhadap pembangunan kemahiran pengaturcaraan di peringkat institusi pengajian tinggi.
Kata kunci: Python, pelajar IT, bahasa pengaturcaraan, kecenderungan, industri
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS