JRW2 Toolkit: Modifikasi 12 Langkah Gallery Walk

Authors

  • Jahari Jainal
  • Juliana Dumpil
  • Awang Shur Madrin
  • Imurni Sati

Abstract

Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berpusatkan pelajar adalah fokus di dalam Pembelajaran Abad ke 21 dan sekolah transformasi. Bagaimanapun, pendekatan ini sukar dilaksanakan dalam PdPc tingkatan enam kerana sistem pentaksiran yang berasaskan peperiksaan pada setiap semester. Akibatnya, PdPc yang diamalkan adalah berpusatkan guru iaitu teknik syarahan untuk menghabiskan sukatan dengan cepat. Manakala, pelajar pula menjadi pasif di dalam PdPc. Guru di dalam kajian ini melaksanakan teknik gallery walk yang diadaptasi dari model Francek (2006) untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi. Lapan langkah gallery walk Francek (2006) berevolusi menjadi 12 langkah untuk mengoptimumkan penglibatan murid di dalam PdPc. Model gallery walk Francek (2006) ditambahbaik dengan menggabungkan teori pentaksiran untuk pembelajaran dan pembelajaran teradun. Model yang telah dimodifikasi ini dinamakan sebagai JRW2 Toolkit. Kajian ini melibatkan dua orang guru Pengajian Am, seorang guru Sejarah dan lapan puluh lima orang murid yang mengambil subjek tersebut. Setelah JRW2 Toolkit dilaksanakan sepanjang semester 2, analisis peperiksaan mendapati peningkatan pencapaian gred A dan A-. Manakala analisis pemerhatian dan maklumbalas guru dan murid mendapati penglibatan murid yang lebih optimum di dalam PdPc terutama dari aspek fokus ketika mendengar pembentangan, pentaksiran rakan sebaya, membina item soalan (pentaksiran kendiri) dan penggunaan Padlet. 

Kata kunci: Gallery Walk, Pentaksiran Untuk Pembelajaran, Pentaksiran Formatif, Pembelajaran Teradun 

Downloads

Published

2025-10-18