Strategi Intervensi Bengkel Berasaskan Projek bagi Menyeimbangkan Pencapaian Psikomotor dan Afektif Pelajar Kursus Digital Multimedia

Authors

  • Azrul Nizah binti Yussof
  • Nooraza binti Othman
  • Noor Azmiza binti Ideris

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan projek 
(Project-Based Learning, PjBL) dalam menyokong keseimbangan pencapaian Course Learning Outcome (CLO) pelajar khususnya domain psikomotor (CLO1) dan afektif (CLO3) bagi kursus DFP30313/DFT30153 Digital 
Multimedia. Analisis data daripada lima sesi pengajaran terdahulu menunjukkan wujudnya jurang pencapaian 
yang ketara antara kedua-dua domain, dengan perbezaan tertinggi mencecah 9.7% pada Sesi II:2023/2024. Bagi menangani isu ini, satu intervensi berupa PjBL iaitu Bengkel Mentor Teknologi dan Kandungan Positif Digital Pelajar JTMK Sesi II:2024/2025 telah dilaksanakan, berasaskan prinsip pembelajaran pengalaman dan konstruktivisme. Bengkel ini melibatkan lima sesi amali termasuk penulisan skrip, rakaman, penyuntingan dan pembentangan video TikTok. Kaedah kajian ini berpandukan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) dan melibatkan 20 orang pelajar sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan perbandingan, manakala soal selidik digunakan bagi mengukur persepsi pelajar terhadap keberkesanan bengkel. Dapatan menunjukkan jurang pencapaian antara CLO1 dan CLO3 berkurang kepada hanya 2.0% selepas intervensi, manakala skor purata soal selidik ialah 4.18, dengan item tertinggi mencatatkan 4.47. Kesimpulannya, pendekatan 
PjBL melalui bengkel ini terbukti berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar secara seimbang merentas domain psikomotor dan afektif. Kajian ini menyokong pelaksanaan strategi pengajaran yang bersifat kolaboratif, praktikal dan reflektif dalam kursus berasaskan kemahiran dalam konteks Technical and Vocational Education and Training (TVET). 

Kata kunci: Afektif, Intervensi, Project-Based Learning (PjBL), Psikomotor

Downloads

Published

2025-10-18