Keberkesanan Project-Based Learning (PBL) dalam Meningkatkan Penguasaan Pengaturcaraan
Abstract
Pengajaran pengaturcaraan sering menjadi cabaran dalam pendidikan teknologi maklumat, khususnya
apabila pelajar sukar mengaplikasikan konsep teori kepada pembangunan aplikasi sebenar. Kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pendekatan Project-Based Learning (PBL) dalam meningkatkan
penguasaan pelajar terhadap pengaturcaraan. Pendekatan ini melibatkan pelajar dalam pembangunan projek aplikasi mini yang menggabungkan antara muka pengguna (GUI) dan sambungan pangkalan data, dengan fokus khusus pada bahasa pengaturcaraan Python. Kajian ini dilaksanakan secara berfasa melalui perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi, melibatkan pembangunan projek mini oleh pelajar semester empat. Instrumen kajian merangkumi ujian pra dan pasca, rubrik penilaian, serta borang refleksi. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam pemahaman konsep, kemahiran teknikal, serta motivasi dan keyakinan pelajar. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan strategi pengajaran yang lebih efektif dalam bidang pengaturcaraan dan pembangunan perisian.
Kata kunci: Project-Based Learning (PBL), pengaturcaraan Python, pembelajaran aktif, GUI, pangkalan data
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS