Pelan Bijak: Intervensi dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayat yang mengandungi Kata Nama Khas Murid Tahap 2
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan membantu murid menulis ayat yang mengandungi kata nama khas dengan betul dalam kalangan murid tahun 4. Selain itu, meningkatkan pemahaman murid terhadap penulisan kata nama khas dalam ayat dan meningkatkan kemahiran menulis huruf khususnya huruf besar dan huruf kecil dalam ayat. Kajian ini telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah khususnya di daerah Tuaran. Peserta kajian dipilih berdasarkan masalah yang dihadapi iaitu murid tidak mahir menulis ayat yang mengandungi kata nama khas, tidak dapat mengenal pasti kata nama khas dan tidak mahir menulis huruf dengan betul. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan post serta pemerhatian terhadap hasil murid. Tinjauan awal mendapati peserta
kajian tidak mahir menulis ayat yang mengandungi kata nama khas dengan betul. Selepas mengenal pasti masalah, intervensi telah dijalankan dengan menggunakan Kit Pelan Bijak. Data yang diperolehi melalui ujian
pra dan post serta pemerhatian dianalisis. Dapatan awal menunjukkan peserta kajian berada pada tahap lemah dalam menulis ayat yang mengandungi kata nama khas. Setelah pelaksanaan interensi kit Pelan Bijak didapati intervensi ini telah membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menulis ayat yang mengandungi kata nama khas, pemahaman murid dalam mengenal pasti kata nama khas serta menambah baik kemahiran menulis huruf khususnya huruf besar. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam kemahiran menulis ayat yang mengandungi kata nama khas serta dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang.
Kata Kunci: Kemahiran menulis ayat, Kata Nama Khas, huruf besar dan huruf kecil
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS