Transformasi Pembelajaran Konsep Momen Daya melalui Pendekatan Hands-On: Inovasi Moment Kit Board di PTSB
Abstract
Topik momen daya merupakan komponen penting dalam kursus Sains Kejuruteraan, namun sering
menjadi cabaran utama kepada pelajar politeknik kerana melibatkan konsep matematik dan visualisasi ruang, khususnya dalam menentukan nilai jarak tegak (d). Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan menangani masalah pelajar dalam memahami konsep ini dengan memperkenalkan inovasi alat bantu pengajaran berbentuk hands-on iaitu Moment Kit Board (MKB). Seramai 37 pelajar semester satu di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah mengikuti intervensi dua fasa yang melibatkan aktiviti manipulatif menggunakan MKB serta semakan kendiri melalui Moments App. Data diperoleh melalui ujian bertulis pra dan pasca intervensi, soal selidik pelajar dan pemerhatian kelas. Hasil kajian menunjukkan penurunan kadar kesilapan penentuan nilai ‘d’ daripada 66.7% kepada hanya 5.4%, dan trend peningkatan kelulusan ujian yang konsisten dalam beberapa sesi kuliah. Soal selidik turut menunjukkan skor purata melebihi 4.5 untuk aspek kefahaman, keseronokan dan penglibatan pelajar. Pemerhatian pula mengesahkan perubahan positif dalam tingkah laku pelajar yang lebih aktif, yakin dan berkolaboratif. Kajian ini membuktikan bahawa inovasi pengajaran yang berasaskan pembelajaran kinestetik dan visual mampu mengubah pendekatan PdP secara menyeluruh, terutama dalam konteks pendidikan TVET. Moment Kit Board bukan sekadar alat bantu mengajar, tetapi menjadi pemangkin kepada pembelajaran yang lebih
konkrit, menyeronokkan dan berimpak tinggi.
Kata kunci: Momen Daya, Pembelajaran Kinestetik, Hands-On Learning, Inovasi Pengajaran, TVET
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS