Keberkesanan ‘Smart Access (3d Planner Outlet)’ Bagi Kursus DPM40063 – Introduction To Retailing Sebagai Medium Inovasi Dalam Pengajaran & Pembelajaran Di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Authors

  • Mastura Mohamad Noor
  • Suriani Md Saleh
  • Noorashikin harun @Che Ani

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Smart Access (3D Planner Outlet) sebagai satu kaedah 
inovasi baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus DPM40063 – Introduction to Retailing di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam Program Diploma Pemasaran. Inovasi ini dibangunkan untuk membantu pelajar memahami dengan lebih jelas konsep peruncitan melalui pendekatan visual dan interaktif yang menggunakan aplikasi 3D Planner. Rekabentuk kajian berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan telah dilaksanakan terhadap 35 orang pelajar sebagai responden bagi program Diploma Pemasaran yang mengambil kursus ini pada semester 4. Borang soal selidik yang diedarkan melalui google form telah dianalisis menggunakan 
statistik deskriptif melalui perisian SPSS versi 26, 2019. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Smart Access (3D Planner Outlet) berjaya meningkatkan minat dan penglibatan pelajar semasa sesi kuliah dijalankan kerana ia lebih menarik dan interaktif. Di samping membantu pelajar mengaplikasikan konsep peruncitan dalam situasi sebenar iaitu secara maya. Pelajar juga memberikan tindakbalas yang positif terhadap pendekatan ini terutamanya dari aspek kemudahan penggunaan dan keberkesanan visualisasi. Bagaimanapun terdapat beberapa cabaran yang dikenalpasti seperti keperluan terhadap latihan dan kesediaan teknologi di kalangan pelajar dan pensyarah. Kajian ini mencadangkan agar penggunaan teknologi seumpama ini diperluaskan lagi sebagai alat bantu mengajar bagi kursus ini yang mana ia mampu merangsang pembelajaran aktif dan berpusatkan pelajar dalam pendidikan di Politeknik terutama bagi program Diploma Pemasaran. 

Kata kunci: Inovasi, Pengajaran dan Pembelajaran, Peruncitan, Smart Access (3D Planner Outlet)

Downloads

Published

2025-10-18