Keberkesanan Penggunaan Realiti Terimbuh (AR) dalam Meningkatkan Promosi Kedai oleh Pelajar Semester 5
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan Realiti Terimbuh (AR) dalam meningkatkan kemahiran promosi kedai oleh pelajar semester 5 (sesi II, 2024/2025). Seramai 19 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian dengan 3 orang pensyarah yang bertindak sebagai pemberi maklumat kepada pengkaji. Teknologi AR semakin mendapat perhatian dalam industri perniagaan kerana kemampuannya menarik pelanggan melalui elemen interaktif dan visual yang menarik. Oleh itu, kajian ini menilai sejauh mana penggunaan AR dapat membantu pelajar dalam memahami strategi promosi yang lebih berkesan. Metodologi kajian melibatkan pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif melalui soal selidik, pemerhatian, serta analisis prestasi pelajar sebelum dan selepas penggunaan AR. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan AR dapat meningkatkan 4 perkara iaitu i) tahap kemahiran AR pelajar adalah tinggi, ii) bahan promosi kedai yang dihasilkan menggunakan AR adalah berkesan, iii) pelajar sangat positif terhadap penggunaan AR dalam promosi. Kajian ini perniagaan yang mereka jalani, dan iv) pelajar menyatakan cabaran dalam pelaksanaan AR adalah merangkumi
aspek teknikal, kos, masa dan latihan. Seterusnya, kajian ini mencadangkan agar teknologi AR diterapkan secara lebih meluas dalam pembelajaran kursus pemasaran bagi memperkasa kemahiran pelajar selaras dengan perkembangan teknologi digital masa kini.
Kata kunci: Realiti Terimbuh (AR), bahan promosi kedai, kelebihan AR, pembelajaran interaktif
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS