Peningkatan Kemahiran Melakar Graf Trigonometri Menggunakan TGT dan Teknik Feynman dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam melakar graf Trigonometri menerusi penggunaan alat bantu Trigo Graph Tool (TGT) dan pendekatan Teknik Feynman. Sampel kajian terdiri daripada 23 pelajar Program Dua Semester, kelas F1T6, Semester 1 Sesi 2024/2025 di Kolej Matrikulasi Kedah yang telah mendapat keputusan C+ dan ke bawah dalam ujian diagnostik. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Tinjauan awal dilakukan melalui pemerhatian terhadap penyelesaian tutorial serta sesi temu bual bersama pelajar bagi mengenal pasti isu yang dihadapi ketika
melakar graf Trigonometri. Ujian diagnostik dijalankan bagi mengenal pasti pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan. Intervensi dijalankan dengan melaksanakan sesi PdPc menggunakan TGT, yang bertujuan memberi
panduan yang sistematik kepada pelajar. Hasil pemerhatian menunjukkan pelajar lebih yakin dalam melakar graf selepas mengikuti pengajaran berasaskan TGT dan Teknik Feynman. Dapatan kajian membuktikan bahawa TGT mampu meningkatkan ketepatan
pelajar dalam menjawab soalan Trigonometri. Selain itu, kaedah ini turut mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Pendekatan Teknik Feynman, yang menggalakkan pelajar mengulangi langkah-langkah lakaran, turut menyumbang kepada penguasaan kemahiran. Justeru, TGT berpotensi besar untuk diperluas penggunaannya oleh pensyarah Matematik dalam topik Trigonometri.
Kata Kunci: Trigo Graph Tool, Teknik Feynman, Pembelajaran terarah diri, graf Trigonometri
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS