Satu Kajian Mengenai Faktor-Faktor yang Mendorong Minat Pelajar Kolej Komuniti Jelebu terhadap Subjek Keusahawanan

Authors

  • Zainatul Fakih Binti Zainon

Abstract

: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong minat pelajar Kolej Komuniti Jelebu terhadap subjek Keusahawanan. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik yang diedarkan kepada 80 orang pelajar, dapatan menunjukkan bahawa minat pelajar dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasuk pendekatan pengajaran, pendedahan awal kepada dunia keusahawanan, sokongan keluarga dan persekitaran, serta potensi kerjaya dalam bidang tersebut. Statistik deskriptif menunjukkan tahap minat pelajar 
adalah sederhana tinggi dengan skor purata 3.92, manakala faktor pendorong memperoleh skor purata 3.43. 
Kajian ini memberi implikasi kepada institusi pendidikan untuk memperkukuh pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan praktikal, serta menyediakan pendedahan pengalaman keusahawanan sebenar bagi meningkatkan motivasi pelajar. Langkah ini penting untuk memastikan minat pelajar terus berkembang selaras dengan keperluan pasaran dan pembangunan modal insan berorientasikan keusahawanan.

Downloads

Published

2025-10-18