AMALAN KAEDAH PENGAJARAN IBADAH SOLAT PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN POLITEKNIK MALAYSIA

Authors

  • SOLEHAH BINTI SAMSUDIN Puan
  • Rafidah Ahmad
  • Musleha Mokter

Abstract

Pengajaran Ibadah solat bagi pelajar bermasalah pendengaran memerlukan kepada kaedah yang tersendiri bagi memastikan golongan ini dapat menjalankan amanah sebagai hamba Allah SWT dengan baik dan sempurna. Kelainan upaya golongan ini juga mewujudkan salah faham terhadap kewajipan pelaksanaan ibadah solat mereka. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan kaedah pengajaran ibadat solat terhadap pelajar bermasalah pendengaran semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung. Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Instrumen temubual dijalankan kepada responden yang terdiri daripada pensyarah yang berpengalaman lebih 5 tahun mengajar kursus Pendidikan Islam 1 dan Pendidikan Islam 2 di Politeknik Malaysia. Hasil temubual dianalisis menggunakan perisian ATLAS ti. 24. Kajian mendapati amalan kaedah pengajaran yang digunakan dalam pengajaran ibadah pelajar bermasalah pendengaran adalah bermula dengan kaedah penerangan, kaedah demontrasi, kaedah praktikal, dan kaedah aktiviti pengukuhan. Kesemua hasil kajian ini telah membentuk satu kerangka lengkap amalan kaedah pengajaran ibadah solat pelajar bermasalah pendengaran yang dapat menjadi panduan semua pensyarah kursus Pendidikan Islam pelajar bermasalah pendengaran di Politeknik Malaysia khususnya dan juga di pelbagai peringkat amnya. Hasil pelaksanaan kaedah pengajaran ini juga diharapkan dapat memberikan kefahaman ibadah solat yang sempurna kepada pelajar bermasalah pendengaran dan semangat dalam melaksanakan ibadah dalam kehidupan seharian mereka.

Downloads

Published

2025-10-22