Faktor yang Mempengaruhi Penyertaan Mahasiswa dalam Pelancongan Pengembaraan (Adventure Tourism): Kajian Kes Kelab Kembara UUM

Authors

  • Dr. Mohamad Zaki Ahmad
  • Umie Umairah Mohd Nasri
  • Norria Zakaria

Abstract

Dewasa ini, pelancongan pengembaraan atau pelancongan kembara (adventure tourism) yang semakin mendapat tempat dan menjadi pilihan pengembara muda, menjadi semakin popular sebagai alternatif kepada pelancongan konvensional kerana ia menawarkan pengalaman yang unik serta peluang untuk membentuk jati diri, kemahiran sosial dan ‘hubungan’ dengan alam semula jadi. Aktiviti seperti pendakian gunung, berkayak, menyelam skuba, dan penerokaan hutan menjadi antara pilihan utama kerana ia bukan sahaja memberikan pengalaman yang mencabar malahan turut menyumbang kepada kesejahteraan mental dan fizikal. Kajian kes kuantitatif ini melibatkan 101 ahli Kelab Kembara UUM dengan mengkaji pengaruh faktor penolak (push factor) dan faktor penarik (pull factor) terhadap minat dan penyertaan responden dalam pelancongan pengembaraan ini. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa kedua-dua faktor berkenaan terutamanya dari aspek psikologi dan berkaitan destinasi memberi impak yang signifikan terhadap penglibatan mahasiswa dalam pelancongan ini. Seterusnya, kajian ini turut memberikan pandangan dan cadangan berharga kepada pihak-pihak berkaitan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mempromosikan pelancongan pengembaraan yang mampan.

Kata kunci: Pelancongan pengembaraan, motivasi, penyertaan, faktor penolak/penarik, Kelab Kembara UUM

Downloads

Published

2025-10-18