Pembangunan Dan Kebolehgunaan D-Tech Math Web Bagi Pelajar Teknologi Maklumat Yang Mengambil Kursus Discrete Mathematics: Satu Tinjauan Di POLIMAS

Authors

  • Nor Jamilah Binti Ishak
  • Marina binti Mat Isa
  • Nurulhuda binti Che Abd Rani

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan D-Tech Math Web sebagai platform pembelajaran bagi kursus Discrete Mathematics dalam kalangan pelajar Teknologi Maklumat di Politeknik sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) dengan model reka bentuk ADDIE yang merangkumi lima fasa utama: analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Dari segi kesahan muka D-Tech Math Web, dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai Indeks Kesahan Kandungan (IKK) yang diperoleh adalah 1.00, melebihi nilai rujukan 0.78, menandakan kesahan kandungan yang tinggi dan penerimaan positif daripada panel pakar. Bagi analisis kebolehgunaan D-Tech Math Web, terhadap 47 orang pelajar menunjukkan bahawa 94% pengguna berpuas hati, manakala 66.7% bersetuju bahawa D-Tech Math Web sangat berguna dalam pembelajaran mereka. Selain itu, 43% pengguna tidak mencadangkan sebarang penambahbaikan, dan 57% memberikan komen yang positif. Hal ini menunjukkan keberkesanan platform ini. Secara keseluruhannya, pembangunan D-Tech Math Web telah berjaya mencapai objektif kajian dengan tahap kesahan dan kebolehgunaan yang tinggi. Keputusan ini membuktikan bahawa platform ini berpotensi menjadi sumber pembelajaran digital yang berkesan dalam membantu pelajar memahami kursus Discrete Mathematics dengan lebih baik serta boleh diperluaskan penggunaannya ke kursus lain pada masa akan datang.

Kata Kunci: D-Tech Math Web, kebolehgunaan, kesahan kandungan, pembelajaran web, Discrete Mathematics, model ADDIE.

Downloads

Published

2025-10-18