Penggunaan SKB Inventori Dapat Meningkatkan Proses Perekodan Inventori Peralatan Di Sekolah

Authors

  • Mohd Riezman bin Ramli1
  • Norsiah binti Abu Bakar
  • Khairul Azly bin Ahmad
  • Azura binti Hamidun
  • Anis Zafirah binti Jamalludin

Abstract

Sistem Pengurusan Inventori merupakan satu sistem yang merekod aliran keluar masuk inventori dalam sesebuah organisasi. Kajian tindakan ini dilaksanakan kerana proses pengurusan segala peralatan sekolah sebelum ini adalah secara manual telah menimbulkan banyak masalah antaranya kelewatan pemulangan, tiada nama peminjam dan alatan tidak disimpan di tempat sepatutnya. Hal ini menyukarkan proses peminjaman alatan yang seterusnya kerana alat tidak dapat dikesan keberadaannya. Oleh yang sedemikian, sebelum sistem SKB Inventori wujud, segala perekodan inventori hanya dicatat dalam buku stok yang disimpan oleh Ketua Panitia sahaja. Kebiasaannya disimpan di dalam bilik-bilik khas panitia seperti stor sukan, bilik RBT, bilik Sains dan bilik khas lain yang menyimpan inventori sekolah. Oleh itu, guru-guru terpaksa bergerak ke bilik tertentu untuk merekod alatan yang dipinjam serta merekod waktu pinjaman dan pemulangan setiap kali untuk meminjam alatan menyebabkan prosesnya berulang sekaligus memakan masa. Objektif kajian ini ialah dapat meningkatkan proses perekodan inventori peralatan di sekolah, iaitu dapat menjimatkan masa dan setiap perekodan dapat disimpan dengan baik dan sistematik. Dalam melaksanakan projek ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart dengan menggunakan intervensi pelaksanaan SKB Inventori. Seramai 38 orang guru melaksanakan kajian ini selama 2 minggu. Data dikumpulkan dengan menggunakan semakan dokumen dan juga soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan SKB Inventori ini telah dapat membuktikan bahawa proses perekodan inventori dapat menyelesaikan masalah mereka yang sebelum ini menggunakan sistem secara manual. SKB Inventori ini dapat meningkatkan proses perekodan alatan secara mudah, cepat dan berkesan.

Kata kunci: Inventori, Manual, Sistematik, Model Kajian Tindakan.

Downloads

Published

2025-10-18