Orientasi Pelaksanaan Dasar Malaysia Madani Dari Perspektif Pelajar IPTA

Authors

  • Dr. Malike Brahim
  • Muhamad Nasrul Nizar Abd Rahman
  • Musliza Mohamad

Abstract

Dasar Malaysia Madani (DMM) yang dilancarkan pada 19 Januari 2023 telah menyediakan pelbagai pakej dalam bentuk kemudahan dan bantuan kepada kumpulan sasar selain matlamat ke arah peningkatan ekonomi dan prestasi kewangan negara. Artikel ini membincangkan orientasi pelaksanaan DMM dari perspektif pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) yang menerima secara langsung manfaat daripada pelaksanaan DMM. Sehubungan itu, kajian tinjauan telah dijalankan terhadap pelajar IPTA di utara bagi menilai pelaksanaan DMM. Tumpuan kajian kepada aspek-aspek seperti: (i) pemahaman terhadap konsep Madani; (ii) tujuan dan objektif DMM; dan (iii) kesan dan penilaian mahasiswa terhadap DMM. Tinjauan dijalankan menggunakan soal selidik berbentuk Google Form—berkongsi pautan dan QR Code—untuk mendapatkan maklum balas daripada responden yang dipilih secara rawak. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar IPTA memahami dengan jelas konsep dan objektif pelaksanaan DMM menerusi enam teras utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Secara majoritinya responden yakin bahawa kesan pelaksanaan DMM mampu membina masa hadapan pelajar IPTA yang lebih baik pada masa hadapan berdasarkan pakej dan strategi yang sedang dan dalam proses perancangan kerajaan. Justeru, menerusi pelbagai program berbentuk bantuan yang disediakan kepada pelajar, majoriti responden percaya kesan pelaksanaan DMM dapat mempengaruhi sokongan pelajar kepada Kerajaan Perpaduan.

Kata Kunci: Dasar Malaysia Madani, IPTA, Kerajaan Perpaduan, Pelajar

Downloads

Published

2025-10-18

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)