Teknologi Rangkaian 5G Bagi Menyokong Perkembangan Industri: Tinjauan Di Chongqing, China
Abstract
Kajian ini melihat kepada bagaimana teknologi rangkaian 5G membantu perkembangan industri di Chongqing, China, dengan memberi fokus kepada dua industri dan satu institusi Pendidikan iaitu Chongqing Taoranju Digital Technology 5G Fast Food Factory (CTDC), Western China Science City Innovation Center for Intelligent and Connected Vehicles (WICV), dan Chongqing City Management College (CCMC). Penggunaan 5G di ketiga-tiga lokasi ini telah mempercepatkan proses transformasi digital, terutama dalam bidang makanan segera, pembangunan kenderaan pintar, dan pendidikan teknikal. Rangkaian 5G yang menawarkan kelajuan tinggi, latensi rendah, dan kebolehpercayaan yang kukuh, banyak memudahkan automasi serta inovasi dalam operasi harian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang tidak dapat dielakkan. Antaranya termasuklah kos pembangunan infrastruktur yang tinggi, keperluan tenaga kerja yang mahir, serta kebergantungan kepada ekosistem teknologi yang masih dalam fasa perkembangan. Meskipun begitu, kesan positif daripada penggunaan 5G tetap jelas. Kilang pintar menjadi lebih cekap, pembangunan dan ujian kenderaan pintar semakin lancar, dan proses pengajaran serta latihan teknikal di institusi pendidikan turut menjadi lebih dinamik. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa 5G turut memberi kesan ekonomi yang memberangsangkan. Ia membuka peluang pekerjaan baru dalam sektor teknologi tinggi, meningkatkan daya saing syarikat-syarikat tempatan, dan memperkukuhkan kedudukan Chongqing sebagai pusat inovasi serantau. Secara keseluruhannya, teknologi 5G bukan sahaja mempercepatkan kemajuan industri, malah turut berperanan penting dalam memperkasa pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan tersebut
Kata Kunci: Teknologi 5G, Chongqing, transformasi digital, automasi industri, kilang pintar, kenderaan pintar
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS