Kesan Pelaksanaan Syarat Lulus Minimum 20% terhadap Pelajar Kursus Matematik Kejuruteraan 2 di PTSB

Authors

  • Siti Nur Fadhlina Binti Abd Rahman
  • Azlina Binti Hassan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis trend prestasi, persepsi, dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar selepas pelaksanaan syarat lulus minimum 20% dalam peperiksaan akhir bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Reka bentuk kajian menggunakan kaedah campuran, melibatkan analisis kuantitatif data peperiksaan akhir serta temu bual kualitatif bersama 15 orang pelajar. Dapatan kuantitatif menunjukkan peningkatan ketara dalam peratusan pelajar yang mencapai syarat minimum selepas pelaksanaan dasar tersebut, mencerminkan kesedaran akademik yang lebih tinggi. Temu bual pula mendapati bahawa syarat ini berjaya meningkatkan motivasi dan strategi pembelajaran pelajar, walaupun mereka berdepan kekangan masa, tekanan emosi, dan kesukaran memahami konsep matematik lanjutan. Implikasi kajian mencadangkan bahawa pelaksanaan syarat lulus minimum berpotensi menjadi pemangkin kepada pembelajaran yang lebih serius dan berstruktur. Namun begitu, sokongan tambahan seperti bengkel ulangkaji, bimbingan individu, dan penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai perlu dipertingkatkan. Kajian ini menyumbang kepada literatur berkaitan penilaian pendidikan teknikal dan mencadangkan pendekatan penilaian yang lebih seimbang untuk pembangunan akademik pelajar politeknik secara menyeluruh.

Kata kunci: Trend Prestasi, Persepsi Pelajar, Cabaran Pembelajaran, Matematik Kejuruteraan 2, Syarat Lulus Minimum

Downloads

Published

2025-10-18

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)