Inovasi Mosaica Kit Sebagai Terapi Seni Pelajar Masalah Pembelajaran

Authors

  • Aini Nurrasyidah Binti Md Zokhi
  • Aini Nurrasyidah Binti Md Zokhi
  • Saripah Binti Kasim3

Abstract

Mosaica Kit merupakan satu kit terapi seni bagi pelajar berkeperluan khas terutamanya bagi masalah pembelajaran. Terapi seni merupakan salah satu terapi di mana pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dapat menzahirkan perasaan dan emosi melalui aktiviti seni visual. Sehubungan dengan itu, satu kit terapi seni iaitu Mosaica Kit dibangunkan untuk memenuhi salah satu keperluan terapi bagi para pelajar. Mosaica Kit ini merupakan satu kit lengkap yang terdiri daripada mozek pelbagai warna, gypsum, acuan dan juga gambar tema. Kit ini juga dilengkapi dengan video penggunaan Mosaica Kit bagi membantu pelajar semasa proses penggunaan kit ini selain memenuhi saranan revolusi industri 4.0. Penggunaan Mosaica Kit ini dapat membantu meningkatkan penggunaan motor halus, menguatkan daya imaginasi dan ingatan serta membolehkan pelajar berkeperluan khas mengekspresasikan kreativiti selain meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian. Hasil dapatan kajian yang dijalankan membuktikan bahawa Mosaica Kit ini mampu meningkatkan penggunaan motor halus, emosi dan tingkah laku serta meningkatkan tahap tumpuan pelajar. Ini kerana Mosaica Kit ini dibangunkan dengan melibatkan beberapa aktiviti seperti mengenalpasti, mengasingkan, menyenaraikan bahan yang digunakan serta melaksanakan secara berulang sehingga boleh mengingati langkah dengan baik. Dengan adanya Mosaica Kit ini diharap dapat membantu para pendidik, pelajar dan juga komuniti dalam memastikan setiap terapi yang dijalankan mencapai objektif dan memberikan impak yang berkesan kepada semua.

Keywords: Mosaica Kit, terapi seni, masalah pembelajaran

Downloads

Published

2025-10-18

Issue

Section

Social Science (Finance, Management, Accounting, Business, Humanities)