Kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM memilih Program Asasi Teknologi Kejuruteraan di POLISAS
Abstract
Pemilihan program pengajian merupakan keputusan penting bagi pelajar kerana ia mempengaruhi laluan akademik dan kerjaya mereka. Kajian ini dilakukan untuk meneliti faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam memilih Program Asasi Teknologi Kejuruteraan di POLISAS. Seramai 81 orang daripada keseluruhan 103 pelajar program tersebut telah terlibat sebagai responden kajian. Data dikumpul menggunakan
menggunakan borang soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach sebanyak 0.875. Analisis data dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0, melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan ujian-t. Hasil analisis menggunakan Skala Likert 7 mata mendapati bahawa faktor laluan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda merupakan penyumbang faktor utama kepada pemilihan program ini (min = 5.37), diikuti oleh faktor minat dan kecenderungan (min = 5.31), seterusnya faktor kewangan (min = 5.11), faktor reputasi institusi (min = 4.99), faktor kepelbagaian pilihan bidang pengajian (min = 4.81), faktor pengaruh keluarga dan rakan (min = 4.79), faktor maklumat dan kesedaran (min = 4.73), manakala faktor kemudahan dan infrastruktur mencatatkan min terendah (min = 4.70). Selain itu, tiada perbezaan signifikan yang ditemui antara pelajar aliran STEM dan Sains Sosial. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak institusi dalam merangka strategi yang lebih berkesan untuk menarik minat pelajar, memperkukuh program akademik, menyesuaikan kurikulum dengan kehendak industri, serta meningkatkan kemudahan dan daya saing institusi.
Kata Kunci: Faktor pemilihan, program pengajian, Asasi POLISAS
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS