Keberkesanan Aktiviti Kesukarelawanan Terhadap Kemahiran Insaniah Pelajar Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Masjid Tanah
Abstract
Institusi pendidikan tinggi yang menawar pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) berperanan membangunkan pelajar yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dan kemahiran teknikal, tetapi juga nilai-nilai insaniah terutamanya kemahiran berpasukan, berkomunikasi dan kepemimpinan melalui program kesukarelawan. Melalui program yang dianjurkan oleh kelab pelajar di institusi dapat memberikan pelajar membina hubungan dan meluaskan rangkaian sosial sesama pelajar, komuniti setempat dan pihak industri. Pelajar yang proaktif dalam aktiviti sukarelawan dan bermasyarakat, biasanya mempunyai nilai kompetitif dan berdaya saing yang tinggi secara tidak langsung menjadi pilihan majikan dan industri. Kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap keberkesanan aktiviti kesukarelawan yang telah dijalankan oleh 109 pelajar Sijil Teknologi Elektrik (SKE). Rekabentuk kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik diberi kepada pelajar selepas program dijalankan. Pembolehubah yang diuji berdasarkan kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi. Soal selidik telah di analisis dengan menggunakan Perisian SPSS Statistic Version 29.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan aktiviti kesukarelawanan atau khidmat komuniti kepada masyarakat yang dianjurkan oleh kelab pelajar SKE memberi kesan yang baik terhadap kemahiran insaniah pelajar dengan semua pembolehubah mendapat min yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar seronok dan memahami keperluan menyertai program sukarelawan. Kesimpulan daripada kajian mendapati pendekatan kesukarelawanan yang dijalankan oleh Kolej Komuniti Masjid Tanah memberi kesan yang positif kepada pelajar. Pendekatan aktiviti sukarelawan perlu lebih kreatif dan diubah daripada bentuk khidmat masyarakat kepada program penglibatan masyarakat.
Kata kunci : Kesukarelawan, kemahiran insaniah, kelab pelajar
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS