Kajian Keberkesanan Sistem Penasihatan Akademik (SPAk)di Kolej Komuniti Tanjung Piai

Authors

  • Paliza binti Deraman
  • Najwa Husna binti Mohd Ishak

Abstract

Pada tahun 2022, Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) telah diperkenalkan di Kolej Komuniti Malaysia. Matlamat utama SPAk adalah untuk membentuk keperibadian unggul bagi pencapaian akademik yang cemerlang, kemahiran merentas bidang, dan pemantapan diri untuk dunia pekerjaan.  Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan sistem penasihat akademik dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Tanjung Piai. Responden terdiri daripada 45 orang pelajar semester 1, 2 dan 3 pada Sesi II 2023/2024 di Kolej Komuniti Tanjung Piai. Borang soal selidik yang digunakan adalah berdasarkan Buku Panduan SPAk (2020). Borang ini menggunakan dengan Skala Likert 5 mata. Soalan ini mempunyai 2 bahagian iaitu demografi dan Penilaian Keberkesanan Sistem Penasihat Akademik (SPAk). Data dianalisis bersandarkan objektif kajian iaitu mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penasihat akademik di kalangan pelajar, tahap penerimaan pelajar terhadap SPAk dan impak SPAk kepada pelajar di Kolej Komuniti Tanjung Piai. Berdasarkan analisis yang dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa penilaian terhadap Penasihat Akademik, SPAk, dan impak kepada pelajar secara keseluruhannya adalah positif.

Published

2025-10-18