Penggunaan Aplikasi Augmented Reality Dalam Topik Mekanik Bendalir (Fluid Mechanics)
Abstract
Abstrak: Realiti Terimbuh (AR) adalah pengalaman interaktif yang berkaitan dengan dunia sebenar menggunakan elemen yang dijana oleh komputer. Dalam bidang pendidikan, penggunaan AR semakin meluas, dengan matlamat utama untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari topik tertentu. Tujuan penggunaan AR adalah untuk melibatkan pelajar dan meningkatkan motivasi mereka untuk mempelajari Mekanik Bendalir, sambil menyediakan kaedah pembelajaran alternatif. AR ini dibangunkan menggunakan perisian WorldCAST Studio. Topik tertentu digunakan untuk pembangunan AR sebagai usaha untuk menarik minat pelajar. Pelajar perlu menggunakan peranti pintar, seperti telefon pintar atau tablet, untuk mengakses aplikasi AR. Peranti pintar juga perlu dilengkapi dengan akses internet kerana aplikasi AR hanya boleh digunakan secara dalam talian. Menggunakan soal selidik, pelajar diminta untuk memberi maklum balas terhadap soalan menggunakan skala Likert berkaitan dengan kesan penggunaan AR dalam kursus Mekanik Bendalir. Secara keseluruhannya, aplikasi AR dalam kursus Mekanik Bendalir berjaya menarik minat pelajar dan meningkatkan motivasi mereka untuk memberi tumpuan lebih dalam proses pengajaran dan pembelajaran. AR juga dapat memberikan alternatif kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Keywords: Augmented Reality, Mekanik Bendalir, Motivasi, Minat.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS