Origami sebagai Alat Pengajaran: Analisis Motivasi Pelajar Menggunakan Model ARCS

Authors

  • Zainatul Azira binti Ismail
  • Mohd Hairol Mizzam bin Haris

Abstract

Abstrak: Origami, seni melipat kertas yang berasal dari Jepun, bukan sahaja dihargai sebagai bentuk seni tetapi juga semakin mendapat perhatian dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan kaedah origami untuk elemen perhatian, relevan, keyakinan dan kepuasan bagi Kursus Pengatucaraan di Politeknik. Dalam konteks pendidikan, origami berpotensi untuk menjadi alat bantu pengajaran yang berkesan, khususnya dalam meningkatkan motivasi pelajar. Pelaksanaan projek origami ini adalah selaras dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran masa kini yang menekankan pendekatan berpusatkan pelajar, pembelajaran aktif, serta pemerkasaan elemen kreativiti dan pemikiran aras tinggi. Kajian ini dijalankan ke atas 23 orang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah(POLIMAS), terdiri daripada 91% lelaki dan 9% perempuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar berada pada tahap tinggi bagi keempat-empat elemen dalam Model ARCS. Elemen Perhatian mencatatkan skor min sebanyak 3.16, menunjukkan pelajar tertarik dengan aktiviti origami yang dijalankan oleh guru. Elemen Relevan juga mencatatkan skor min yang sama (3.16), membuktikan pelajar mengaitkan aktiviti tersebut dengan pembelajaran mereka. Dari sudut elemen Keyakinan, pelajar menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi dengan skor min 3.11. Sementara itu, elemen Kepuasan memperoleh skor min tertinggi iaitu 3.28, mencerminkan kepuasan pelajar terhadap pengalaman pembelajaran melalui origami. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa integrasi origami dalam proses pengajaran mampu meningkatkan motivasi pelajar politeknik secara signifikan.
Keywords: Model ARCS, origami, motivasi, pengatucaraan, politeknik

Downloads

Published

2025-10-18