Penggunaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Secara Digital Bagi Memperkasakan PdPc dalam Program Teknologi Pembinaan
Abstract
Abstrak: Modul pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh tenaga pengajar vokasional dalam pelaksanaan PdPc. Modul ini penting untuk memastikan keseragaman dan kolaboratif sinergi agar PdPc yang dilaksanakan adalah sama serta dapat diguna bersama oleh semua pengajar di seluruh Malaysia. Oleh itu, modul pengajaran dan pembelajaran ini perlu dalam bentuk digital agar dapat disebar luaskan serta digunakan secara menyeluruh. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk menentukan penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran secara digital bagi memperkasakan PdPc dalam program Teknologi Pembinaan. Kajian tindakan ini melibatkan 12 tenaga pengajar di sekitar negeri Perak. Data awal ditentukan merujuk refleksi dan ujian awal daripada tenaga pengajar dengan menggunakan soal selidik need analysis untuk menentukan permasalahan yang berlaku. Merujuk permasalahan yang telah dikenal pasti, modul pengajaran dan pembelajaran secara digital telah dibangunkan untuk memperkasakan PdPc dalam program Teknologi Pembinaan. Kajian dilaksanakan dengan pemerhatian, soal selidik dan temu bual merujuk objektif yang telah ditentukan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran dapat membantu serta menyeragamkan pelaksanaan PdPc dalam program Teknologi Pembinaan. Kesimpulannya, modul pengajaran dan pembelajaran secara digital sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dan membantu pelaksanaan PdPc. Kajian ini memberikan impak yang positif iaitu pelaksanaan PdPc, pentaksiran berterusan dan pentaksiran akhir diseragamkan.
Kata Kunci: Modul, digital, keseragaman, pentaksiran
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS