Keberkesanan Modul PLC Menggunakan Simulator Factory IO Dalam Pengajaran
Abstract
ABSTRAK: Kajian bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan modul PLC menggunakan Simulator Factory IO version 2.4.3 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Programmable Logic Controller (PLC) untuk pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik. Perisian Cx-Programmer (Version 9.7) digunapakai untuk sistem PLC model OMRON PLC CP1E . Simulator Factory I/O dipilih kerana ia berkemampuan untuk membantu pelajar memberi gambaran sebenar proses kerja yang digunakan dalam industri automasi dan mengatasi masalah peralatan amali yang terhad . Para pelajar diajar tentang teori, pembinaan Ladder Diagram dan mengaplikasikannya di dalam sistem simulasi menggunakan perisian Factory IO. Seramai 42 responden terdiri daripada pelajar sesi 2:2023/2024 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dipilih dalam penilaian maklum balas. Pelajar program DEM4A seramai 13 orang, DEM4B seramai 16 orang dan DJL5A seramai 13 orang terpilih selaku responden. Pendekatan kuantitatif digunapakai iaitu kaedah deskriptif skor min bagi menilai tahap keberkesanan modul amali PLC menggunakan Simulator Factory IO. Metodologi kajian menggunakan borang soal selidik yang diedarkan selepas tamat tugasan amali dilaksanakan melalui perisian google forms. Perisian Statistical Package for Social Science digunakan untuk tujuan analisis data yang diperolehi . Hasil kajian mendapati penggunaan modul PLC menggunakan simulator factory IO dalam penilaian amali berada pada tahap yang sangat baik. Ia adalah berdasarkan kepada jumlah keseluruhan skor min yang tinggi yang diperolehi merujuk kepada Analisis Skor Min Bagi PLC simulator secara grafik simulasi dan Analisis Skor Min Bagi Kesan Pembelajaran.
Kata kunci: Pengaturcaraan PLC, Simulator Factory IO, Pengajaran dan Pembelajaran,
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS