MALPTAAC 15/2024: Keberkesanan Program Memberi Impak Jatidiri Kepada Pelajar Askar Wataniah Politeknik Banting Selangor
Abstract
ABSTRAK: MALPTAAC 15/2024 merupakan singkatan kepada “Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp” Siri Ke-15, iaitu program tahunan latihan ketenteraan bagi anggota Askar Wataniah Politeknik Malaysia. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Ia menyokong konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) dalam Dasar Pertahanan Negara dengan menguji ketahanan fizikal dan mental serta kemahiran ketenteraan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan program terhadap pelajar Askar Wataniah Politeknik Banting Selangor (PBS) dari dua aspek utama: jati diri pelajar sebagai anggota Askar Wataniah dan kemahiran menguasai ilmu ketenteraan. Penilaian dibuat semasa Fasa Kem melalui beberapa ujian: Ujian Jalan Laju (UJL) 5km, Multi Relay, Ujian Pandu Arah, dan Ujian Kemahiran Menembak. Seramai 34 pelajar PBS dan 16 pasukan politeknik terlibat. Hasil keputusan menunjukkan PBS mendapat tempat ke-8 (UJL), ke-3 (Multi Relay), ke-13 (Pandu Arah), dan ke-3 (Menembak), serta kedudukan keseluruhan ke-6 daripada 16 pasukan. Dapatan kajian menunjukkan program MALPTAAC ini berkesan dalam meningkatkan jati diri dan kemahiran ketenteraan pelajar PBS, sekali gus memberi nilai tambah kepada mereka sebagai pelajar Askar Wataniah Politeknik Malaysia.
Keywords: MALPTAAC, Askar Wataniah, Fasa Kem dan Medan, Jatidiri, Kemahiran Penguasaan Ilmu Ketenteraan
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS