Tinjauan Tahap Kesedaran Kitar Semula Produk Di Kalangan Pelajar POLIMAS Yang Mengambil MPU24021 Kelab Pengguna.

Authors

  • Nurul Huda binti Mashudi
  • Mardiyana binti Marzuki

Abstract

Abstract: Tugasan merupakan salah satu kaedah penilaian yang mengukur tahap pemahaman pelajar. Kursus MPU 24021_Kelab adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar diploma di Politeknik. Tajuk tugasan yang diberikan berkaitan produk kitar semula terhadap pelajar yang mengambil kursus ini pada sesi II 2022/2023. Penghasilan produk kitar semula dari barangan terpakai dapat mengurangkan bahan buangan sisa pepejal. Kitar semula adalah merupakan satu proses mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan buangan untuk menghasilkan suatu produk baru. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai kesan tugasan yang diberikan serta peningkatan kesedaran dan pengetahuan amalan kitar semula dalam kalangan pelajarKajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif dan data dikumpul melalui instrumen borang soal selidik. Analisis data melibatkan pengiraan skor min dibuat dan ditafsir berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh responden menggunakan perisian Microsoft Excel. Sampel kajian terdiri daripada 45 orang responden merupakan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) yang mengambil kokurikulum 2 iaitu MPU24021_Kelab. Hasil kajian menunjukkan skor min yang diperolehi bagi penerimaan tugasan yang diberikan dan peningkatan tahap kesedaran masing-masing menyumbang nilai min sebanyak 3.82 dan 3.92. Hal ini menunjukkan pelajar Kelab penggunaPOLIMAS sesi II: 2022/2023 mempunyai kesedaran mengenai kepentingan kitar semula amat penting untuk kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya. Aktiviti kitar semula memerlukan komitmen daripada semua pihak tanpa mengira usia dan latar belakang. Justeru itu, dengan mengitar semula bahan-bahan buangan seperti kertas, tin, kaca, surat khabar, kita dapat memulihara alam sekitar demi generasi akan datang.

Keywords: Tugasan, Produk Kitar Semula

 

Downloads

Published

2025-10-18