Pembangunan Smartphone-controlled Goods Carrier Mobile Robot

Authors

  • Noor Hanisah Binti Abdullah
  • Muhammad Ariff Iskandar Bin Muhammad Yuzairee
  • Ahmad Fakhrul Zaman Bin Mohd Ariffin

Abstract

Kajian ini adalah tentang pembangunan prototaip Smartphone-controlled Goods Carrier Mobile Robot (SGCMR) yang direkacipta untuk mengangkut barang (load transportation) bagi meringankan beban kerja manusia terutama orang yang kurang upaya dan warga emas. Para petani, suri rumah, pekerja kilang dan pengutip bola tenis adalah contoh pengguna yang seringkali menggunakan kudrat tenaga yang banyak untuk mengangkut barangan mereka. Justeru itu, SGCMR dibina bagi meringankan beban kerja manusia. Robot yang bersaiz model ini mampu membawa beban lebih dari 5 kg muatan dan boleh dikawal pergerakkannya dari jarak jauh dengan menggunakan aplikasi MIT Inventor yang terdapat pada telefon pintar. Namun begitu, untuk permulaan, robot ini dihadkan untuk membawa beban maksimum 1 kg sahaja dengan menggunakan load cell sensor sebagai pengesan berat serta paparan LCD dan buzzer sebagai sistem penggera jika muatan melebihi 1kg. Robot ini digerakkan dengan menggunakan dua pasang DC worm gear motor yang dikawal oleh dua litar IC RZ7886 motor driver bagi mengawal arah pusingan motor. SGCMR menggunakan litar mikro pengawal NodeMCU ESP32 kerana ia dilengkapi dengan bluetooth v4.2 module yang diperlukan untuk berhubung dengan aplikasi MIT inventor secara tanpa wayar (wireless) bagi menggerakkan motor robot. Pemilihan litar, perkakasan dan material bagi kajian ini dikaji terlebih dahulu terutama pemilihan motor yang mampu membawa beban yang berat. Hasil ujilari menunjukkan bahawa sistem ini berjaya membawa beban melebihi 5 kg, bergerak dengan tepat termasuk pusingan U, berjaya memaparkan berat beban serta sistem penggera lebihan muatan beroperasi dengan baik. Secara keseluruhan, kajian ini telah berjaya memenuhi objektif dan skop kajian serta mampu membantu meringankan beban manusia dalam mengangkut barang.

Kata Kunci: ESP32, DC worm gear motor, RZ7886 motor driver, MIT Inventor, Bluetooth, Load transportation

Downloads

Published

2025-10-18