Keberkesanan Inovasi Reka Bentuk Rak Penyimpanan Peralatan DiBengkel Kayu POLIMAS

Authors

  • Mohd Hazman bin Abdul Aziz
  • Siti Haida binti Harris
  • Mohd Suffian Halmi bin Hashim

Abstract

Inovasi dalam reka bentuk rak penyimpanan peralatan dan mesin mudah alih telah dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) amali di Bengkel Kayu, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Reka bentuk rak sedia ada didapati dalam keadaan usang, terbuka, serta tidak tersusun, menyebabkan peralatan mudah terdedah kepada habuk dan risiko kerosakan seperti berkarat. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan menilai tahap kesesuaian serta keberkesanan penggunaan inovasi rak baharu bagi menyokong kelancaran kerja amali pelajar. Instrumen soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklum balas terhadap reka bentuk dan fungsi rak. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga objektif kajian tercapai dan inovasi rak ini terbukti berkesan serta sesuai digunakan di bengkel kayu. Ia juga menyokong pelaksanaan prinsip Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bersih, teratur dan produktif.

Downloads

Published

2025-10-18