Persepsi Penduduk Terhadap Kesesakan Lalu Lintas dan Pencemaran Bunyi setelah pembukaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang Elevated Exspressway (SUKE)
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk melihat persepsi penduduk terhadap kesesakan lalu lintas setelah pembukaan projek lebuh raya SUKE dan mengenalpasti kesan pencemaran bunyi setelah pembukaan lebuh raya kepada penduduk di kawasan sekitar. Justeru, pembukaan lebuh raya ini menimbulkan persoalan sama ada, adakah ia mampu memberi manafaat walaupun isipadu kenderaan semakin bertambah disebabkan proses ketercapaian sesuatu kawasan menjadi lebih cepat dan singkat. Kepadatan penduduk, pertumbuhan ekonomi, pusat pentadbiran dan pelancongan yang dihubung melalui jaringan jalan raya sedia ada di kawasan Ampang memberi kesan kesesakan lalu lintas dan pencemaran bunyi. Umum mengetahui Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi menguraikan kesesakan lalu lintas di jajaran lingkaran tengah 2 (MRR2) dengan pembukaan lebuh raya SUKE. Seramai 191 orang responden diedarkan instrumen soal selidik yang dianalisis dengan menggunakan SPSS 20. Data dianalisa menggunakan teknik korelasi dan analisis deskriptif. Penemuan kajian menunjukkan tahap persepsi responden terhadap kesesakan berada pada tahap tinggi iaitu dengan skor min = 3.70 dan sisihan piawai = 1.10 manakala kesan pencemaran bunyi responden juga berada pada tahap tinggi iaitu dengan skor min = 3.68 dan sisihan piawai = 1.21. Justeru itu, usaha bagi penambahbaikan pelaksanaan tiga ’E’ iaitu Education (pendidikan), Enforcement (Penguatkuasaan Undang-Undang) dan Engineering (kejuruteraan) sentiasa diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kesesakan dan pencemaran bunyi dapat dikurangkan pada masa akan datang.
Kata Kunci: Infrastruktur, Kesesakan, Pencemaran bunyi
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS