Kajian Keberkesanan Bengkel Teknik Belajar Bagi Pelajar Kejuruteraan di Politeknik Sultan Azlan Shah
Abstract
Program Learning Outcome (PLO) merupakan piawaian bagi mengukur keberkesanan sesuatu program bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kerjayanya. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan bengkel teknik Note Making, Note Taking and Reading Abilities sebagai pendekatan untuk meningkatkan kualiti secara berterusan (CQI) untuk pencapian PLO program Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB). Objektif kajian ini ialah mengenalpasti keberkesanan pendekatan bengkel dalam pencapaian PLO program dan mengesyorkan penambahbaikan kualiti secara berterusan untuk program. Kajian ini bersifat kuantitatif yang melibatkan 44 orang pelajar dengan 15 orang pelajar semester dua dan 29 orang pelajar semester 4. Instrumen kajian ini melibatkan soal selidik berasaskan Likert Scale yang terbahagi kepada tiga aspek iaitu penyampaian, pengurusan dan keberkesanan program. Dua aspek pencapaian PLO iaitu PLO1 dan PLO2 telah diukur untuk Sesi 1 and Sesi 2 tahun 2023/2024 bagi menganalisis perbandingan pencapaian sebelum dan selepas bengkel. Hasil kajian menunjukkan perlaksanaan bengkel teknik Note Making, Note Taking and Reading Abilities telah membantu meningkatkan pencapaian PLO1 and PLO2 bagi program DPB. Walau bagaimanapun, kajian ini perlu diteruskan untuk mendapatkan hasil dapatan yang muktamad dan dicadangkan dilaksanakan untuk pelajar kejuruteraan program lain.
Keywords: Note Making, Note Taking & Reading Abilities, Program Learning Outcome (PLO), Continuous Quality Improvement (CQI)
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS