KAJIAN KES PERNIAGAAN KERANG BAKAR DI KALANGAN PENJAJA BAZAR RAMADHAN DI SEKITAR BANDAR ALOR SETAR
Abstract
Perniagaan dalam musim bulan ramadhan boleh diistilahkan sebagai perniagaan yang menguntungkan. Bak menahan lukah di muara. Namun tidak semua yang berniaga dapat bertahan sehingga ke hujung bulan. Banyak perkara berkaitan yang mempengaruhi pengekalan peniaga-peniaga tersebut dalam bidang ini. Tidak terkecuali masalah tersebut dihadapi oleh penjaja kerang bakar. Oleh itu, kajian kes ini bertujuan untuk memahami kemahiran usahawan kecil khususnya dalam aspek pengurusan perniagaan, pengurusan pemasaran dan pengurusan kewangan yang diamalkan bagi menjamin kemampuan mereka untuk terus berniaga setiap hari di tapak bazar ramadhan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Â Untuk mengumpul data, protokol temu bual dan senarai pemerhatian telah dibina berdasarkan objektif kajian dan tinjauan literatur. Seramai dua orang penjaja bazar ramadhan di Stadium Darulaman, Alor Setar telah menyatakan kesudian memberi maklumat yang diperlukan pengkaji. Dua orang penjaja ini dipilih daripada tiga orang berdasarkan persetujuan dan kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan penjaja menganggap mereka masih belum mahir dalam amalan pengurusan perniagaan tetapi masih mampu meneruskan perniagaan. Walaupun begitu, hasil temu bual mendapati usahawan tani yang dikaji mengakui bahawa amalan pengurusan pemasaran mereka masih lemah manakala hasil pemerhatian pula menunjukkan amalan pengurusan kewangan responden masih di tahap tidak memuaskan.
Â
Kata kunci: penjaja, kerang bakar, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS