Amalan 3R dan Hubungkait Dengan Isu Semasa Iklim Global Di Kalangan Komuniti Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

Authors

  • Zakiah Bt Aksah
  • Ayuni Binti Md Yusof
  • Nur Qiam Farhana Binti Adnan

Abstract

Abstract: Amalan 3R iaitu pengurangan penghasilan sisa pepejal, guna semula dan kitar semula sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Namun, masih ramai lagi dalam kalangan komuniti yang tidak menyedari kepentingan melaksanakan amalan 3R. Amalan 3R seharusnya dipraktikkan secara rutin seharian. Amalan ini juga bukanlah satu perkara yang berat untuk dilakukan dalam kalangan pelajar dan komuniti, malahan dapat membantu pelajar dan komuniti lebih prihatin berkaitan isu semasa perubahan iklim secara global. Justeru itu, bagi merealisasikan kampus lestari di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), maka kajian ini dijalankan terhadap pelajar dan komuniti PSAS untuk mengenal pasti tahap amalan 3R dalam kalangan komuniti PSAS dengan menganalisis amalan dan kesedaran komuniti PSAS dalam mengamalkan amalan 3R di sekitar PSAS dan mengkaji kesedaran terhadap isu semasa berkaitan perubahan iklim global. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan berbentuk kuantitatif melalui edaran borang selidik secara dalam talian. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 149, merangkumi pelajar dan kakitangan daripada pelbagai jantina dan jabatan yang berbeza. Kaedah analisis data menggunakan analisis deskriptif peratusan, purata dan skor min. Selain itu, kajian ini juga menggunakan statistik inferensi dari korelasi Spearman’s rho dan Anova sehala. Pemilihan sampel adalah berdasarkan persampelan rawak mudah dan dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0. Dapatan kajian ini mendapati tahap amalan 3R melalui beberapa aspek, merangkumi amalan mengumpul dan mendermakan barangan terpakai, menggunakan bekas yang boleh dikitar dan diguna semula, dan menggurangkan penggunaan beg plastik berada di tahap tinggi. Manakala dalam mengamalkan amalan 3R yang berhubung dengan perubahan iklim global juga berada di tahap yang tinggi serta bagi penglibatan kempen dan ceramah berkaitan amalan 3R dan isu semasa iklim global dan skor min ialah 4.99 di mana responden menyatakan mampu mengubah gaya hidup dan menjayakan amalan 3R.


Kata kunci: Amalan 3R, Perubahan iklim, Guna semula, Kitar semula, Sisa Pepejal

Downloads

Published

2026-04-30

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)