Penilaian Prestasi Terma Panel Siling Pelapis Buluh Semantan Sebagai Alternatif Mesra Alam Kepada Asbestos
Abstract
Abstrak: Asbestos telah lama digunakan dalam industri pembinaan sebagai bahan siling kerana sifat penebatnya yang baik. Namun, risiko kesihatan yang tinggi akibat pendedahan kepada asbestos menuntut pencarian bahan alternatif yang lebih selamat dan lestari. Kajian ini bertujuan menilai prestasi terma panel siling berasaskan pelapis buluh Semantan sebagai pengganti mesra alam kepada asbestos. Sampel panel bersaiz 100 mm × 100 mm × 10 mm telah dihasilkan menggunakan buluh Semantan dengan aplikasi resin fenol formaldehid (PF) dan salutan epoksi. Ujian kekonduksian haba menggunakan Hot Disk Thermal Constants Analyzer menunjukkan nilai purata 0.194 W/m·K, lebih rendah berbanding kekonduksian haba asbestos (0.31 W/m·K). Ujian kadar kandungan kelembapan pula mencatat purata 6.14%, iaitu dalam julat selamat untuk bahan binaan dalaman. Hasil ini menunjukkan bahawa panel siling buluh Semantan bukan sahaja berpotensi sebagai bahan penebat terma yang cekap, malah menyumbang ke arah pembangunan bahan binaan hijau yang lebih selamat, mapan dan sesuai untuk aplikasi di iklim tropika.
Kata Kunci: Buluh Semantan, Panel siling, Kekonduksian haba, Kelembapan, Bahan binaan hijau.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS