Keberkesanan Kit Robot Sumo Sebagai Alat Bantu Mengajar bagi Pelajar STEM di Sekolah Menengah
Abstract
Penggunaan robotik dalam Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah terbukti meningkatkan minat dan kemahiran pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik. Walau bagaimanapun, kajian terdahulu menunjukkan terdapat kekurangan aktiviti amali melibatkan penggunaan alatan sebenar dan kurangnya peluang pertandingan yang dapat memberi motivasi kepada pelajar sekolah menengah khususnya. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Kit Robot Sumo sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM, khususnya dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, serta mengenal pasti kesan terhadap kemahiran dan minat pelajar. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan, dengan borang soal selidik Google Form yang diedarkan kepada 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Kedah yang terlibat dalam kursus pengaturcaraan dan pertandingan Sumo Robot semasa Festival TVET@KKBDA 2025. Hasil menunjukkan Kit Robot Sumo meningkatkan kemahiran teknikal (80%), kreativiti (80%), kerja berpasukan (70%), serta minat pelajar untuk terus menggunakan kit (90%) dan meneruskan pembelajaran STEM (93.3%). Pelajar mencadangkan aktiviti diperluaskan melalui modul tambahan dan pertandingan berkala. Kesimpulannya, Kit Robot Sumo terbukti sebagai alat bantu mengajar yang berkesan, menyokong pembelajaran konsep STEM berasaskan praktikal, sambil memupuk kreativiti, menyediakan pelajar berkemahiran abad ke-21 dan minat berterusan dalam STEM.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS