Pembangunan dan Penilaian Sistem Kawalan Suis Pintar Berasaskan Internet of Things (IoT) bagi Meningkatkan Keselamatan dan Kecekapan Tenaga Elektrik di Hostel Pekerja
Abstract
Kebakaran yang berpunca daripada penggunaan arus elektrik berlebihan, litar pintas serta kecuaian pengguna merupakan isu keselamatan yang kerap berlaku di bangunan kediaman yang padat seperti hostel pekerja. Keadaan ini bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa dan harta benda, malah menyumbang kepada pembaziran tenaga elektrik serta peningkatan kos operasi. Seiring dengan perkembangan teknologi Internet of Things (IoT), pelbagai penyelesaian pintar telah diperkenalkan bagi meningkatkan tahap pemantauan dan kawalan sistem elektrik secara masa nyata. Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai satu sistem kawalan suis pintar berasaskan IoT yang dilengkapi dengan fungsi pemutusan (cutoff) automatik bagi mengurangkan risiko kebakaran elektrik. Ia juga meningkatkan keselamatan pengguna serta menggalakkan penggunaan tenaga secara berhemah. Sistem yang dibangunkan menggunakan mikropengawal ESP32 sebagai unit pemprosesan utama, sensor arus ACS712 bagi pemantauan arus, sensor voltan ZMPT101B bagi pemantauan voltan serta modul relay bagi kawalan lampu dan soket. Aplikasi Blynk digunakan sebagai antara muka pengguna untuk tujuan pemantauan dan kawalan jarak jauh. Metodologi kajian merangkumi reka bentuk sistem, pembangunan perkakasan dan perisian, serta pengujian fungsi di persekitaran makmal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sistem ini mampu memaparkan bacaan arus, voltan dan kuasa secara masa nyata serta melaksanakan pemutusan bekalan kuasa secara automatik apabila had penggunaan arus dicapai. Secara keseluruhan, sistem yang dibangunkan berpotensi meningkatkan tahap keselamatan elektrik, mengurangkan pembaziran tenaga dan menyokong amalan penggunaan tenaga yang lebih lestari di hostel pekerja.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS