Pendekatan Pelaksanaan Inisiatif Program Bandar Pintar Terhadap Institusi Pendidikan Tinggi Di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada pendekatan pelaksanaan inisiatif Program Bandar Pintar terhadap institusi pendidikan tinggi dengan menjadikan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) sebagai kajian kes untuk pembangunan aplikasi kampus, EduMas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti indikator bandar pintar yang bersesuaian bagi pembangunan kampus pintar, menilai tahap capaian maklumat fasiliti dalam kalangan warga kampus serta menghasilkan cadangan penambahbaikan berasaskan prinsip bandar pintar. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik dalam talian yang diedarkan kepada pelajar dan staf POLIMAS bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman semasa, tahap capaian maklumat fasiliti, keberkesanan sistem aduan serta keperluan terhadap aplikasi pintar kampus. Hasil kajian menunjukkan bahawa beberapa elemen bandar pintar seperti wi-fi kampus, CCTV dan kemudahan e-pembayaran telah dilaksanakan namun masih berada pada tahap sederhana khususnya dari aspek integrasi maklumat, kejelasan paparan fasiliti, capaian data, keselamatan kampus dan ketiadaan sistem aduan bersepadu. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan mendesak untuk mewujudkan platform digital yang lebih sistematik, responsif dan inklusif bagi menyokong operasi kampus, meningkatkan keberkesanan pengurusan fasiliti serta menyokong agenda kampus pintar selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Secara keseluruhannya, kajian ini menyediakan asas penting bagi perancangan dan penambahbaikan pelaksanaan inisiatif bandar pintar di institusi pendidikan tinggi.
Kata Kunci: Bandar pintar, Kampus pintar, Aplikasi EduMas, Institusi Pendidikan Tinggi, POLIMAS
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS