Kesan Pempengaruh Digital Terhadap Hasrat Pembelian Pengguna Di Media Sosial.
Abstract
Kebangkitan platform media sosial dan peningkatan populariti pempengaruh pemasaran secara signifikannya telah memberi kesan kepada corak perlakuan dan keutamaan pembelian pengguna masakini. Pempengaruh sudah menjadi sebuah pekerjaan selari dengan kemunculan pelbagai tren dan fenomena baru dalam dunia digital. Pekerjaan pempengaruh sering melibatkan sokongan (endorsement) dan ulasan atau promosi produk di media sosial. Kajian ini dilakukan bagi membantu memahami peranan penting pempengaruh digital dalam membentuk tingkah laku pembelian pengguna, meningkatkan kesetiaan jenama, dan mendorong pembelian berulang. Dengan ini, jenama dapat merancang strategi pemasaran yang lebih baik dan berkesan dalam dunia digital yang terus berkembang.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS