Reka Bentuk dan Pembangunan Penjana Tenaga Elektrik Mudah Alih Berasaskan Tenaga Mekanikal Spring

Authors

  • Mohd Zaniel Bin Mahadzir
  • Amri Amierul Bin Abu Hasan
  • Syaiful Nizam bin Ab Rahim

Abstract

Inovasi ini membentangkan pembangunan Flywheel Spring Generator, iaitu suatu sistem penjanaan tenaga alternatif yang direka untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui gabungan tenaga mekanikal daripada roda tenaga (flywheel) dan mekanisme spring. Sistem ini beroperasi tanpa kebergantungan kepada sumber tenaga luaran seperti bahan api fosil, cahaya matahari, angin atau air, sekali gus menjadikannya lebih praktikal, bersih dan mesra alam. Dalam sistem ini, flywheel berfungsi menyimpan tenaga kinetik melalui putaran, manakala spring bertindak menyerap serta melepaskan tenaga secara beransur-ansur bagi mengekalkan kestabilan putaran dan memastikan aliran tenaga yang lebih konsisten. Tenaga mekanikal yang terhasil dipindahkan kepada sebuah alternator untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik sebelum disimpan di dalam bateri 12V. Kajian ini merangkumi proses reka bentuk, pembangunan prototaip, serta penilaian prestasi bagi menentukan kebolehfungsian dan kecekapan sistem. Hasil kajian menunjukkan bahawa Flywheel Spring Generator berupaya menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik dengan keberkesanan yang memuaskan. Secara keseluruhannya, projek ini bukan sahaja berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga fosil dan impak negatif terhadap alam sekitar, malah menawarkan satu penyelesaian tenaga lestari berskala kecil yang kos efektif dan praktikal untuk kegunaan masyarakat.

 

Kata kunci :  Roda Tenaga (Flywheel), Mekanisme Spring, Penyimpanan Tenaga Mekanikal

Downloads

Published

2025-12-10

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)