Penghasilan Eco Brick Bagi Kegunaan Landskap

Authors

  • Azimah Binti Ismail
  • Siti Nurul A’in Fatimah Binti Mohd Zammri
  • Syaiful Nizam bin Ab Rahim

Abstract

Inovasi ini mengkaji potensi penggunaan plastik jenis High-Density Polyethylene (HDPE) dan Polyethylene Terephthalate (PET) sebagai bahan pengganti pasir dalam pembuatan batu bata pasir. Dalam kajian ini, campuran HDPE dan PET dileburkan serta dituangkan ke dalam acuan bersaiz 300 mm × 80 mm × 150 mm bagi menghasilkan sampel ecobrick. Semua sampel kemudiannya melalui proses rendaman selama sekurang-kurangnya 30 hari sebagai tempoh pengawetan standard. Tiga komposisi bahan diuji, iaitu 5% HDPE + 95% PET kitar semula, 3% HDPE + 97% PET kitar semula, serta 100% PET kitar semula sebagai sampel kawalan. Beberapa siri ujian dijalankan, termasuk ujian penyerapan air, ujian kekuatan mampatan dan ujian Melt Flow Index (MFI) bagi menilai ciri ketahanan serta kebolehprosesan bahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa campuran 5% HDPE + 95% PET kitar semula memberikan kekuatan mampatan tertinggi berbanding sampel kawalan, dengan kekuatan purata 1.29 Pa berbanding 1.11 Pa bagi ecobrick 100% PET. Dari segi ketumpatan, komposisi ini turut mencapai nilai optimum iaitu purata 102.2 gram, menjadikannya paling sesuai untuk aplikasi struktur ringan. Ujian MFI turut membuktikan bahawa campuran tersebut mempunyai kadar aliran lebur terbaik, menandakan bahan lebih mudah dibentuk ketika pemprosesan haba. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan bahawa ecobrick berasaskan 5% HDPE + 95% PET kitar semula berpotensi menggantikan batu bata pasir konvensional, khususnya dalam aplikasi hiasan landskap dan struktur bukan beban.

 

Kata kunci :  Ecobrick, Plastik kitar semula (HDPE dan PET), Kekuatan mampatan, MFI

Downloads

Published

2025-12-10

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)