Alat Bantu Mengajar Bagi Kursus DJC40042 Plastic Production Process

Authors

  • Mohd Alfathi Bin Md Udin
  • Orathai A/P Eiak
  • Syaiful Nizam Bin Ab Rahim

Abstract

Dalam era pendidikan berasaskan teknologi dan kemahiran, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), khususnya dalam kursus teknikal. Kursus DJC40042 – Plastic Production Process memerlukan penguasaan teori yang kukuh serta pemahaman terhadap aplikasi praktikal berkaitan proses pemesinan, termasuk transfer moulding dan proses pengeluaran plastik yang lain. Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan sebuah ABM yang dapat membantu pelajar memahami konsep utama dalam pengeluaran plastik, dengan memberi tumpuan kepada penghasilan model transfer moulding menggunakan teknologi pencetakan 3D. Pendekatan Design and Development Research (DDR) digunakan, melibatkan tiga fasa utama iaitu analisis keperluan, reka bentuk ABM, dan penilaian keberkesanan awal. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang melibatkan pensyarah dan pelajar bagi mengenal pasti cabaran dalam memahami topik proses pengeluaran plastik. Berdasarkan hasil analisis, prototaip ABM berbentuk model fizikal 3D dan simulasi digital dibangunkan menggunakan bahan filamen ABS melalui pencetak 3D dan perisian Autodesk Inventor Professional 2024. Penilaian awal yang dijalankan dalam sesi PdP sebenar menunjukkan bahawa ABM ini berupaya meningkatkan kefahaman pelajar, memudahkan visualisasi proses kompleks, dan menggalakkan interaksi aktif.

Kata kunci :   Proses Pengeluaran Plastik, Pencetakan 3D, Transfer Moulding

 

Downloads

Published

2025-12-10

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)