METODOLOGI PENTAFSIRAN DAN PERSPEKTIF HAMKA BERHUBUNG AYAT-AYAT HUKUM IBADAT

Authors

  • MUHAMMMAD YUSRY AFFANDY KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Abstract

Kajian kualitatif ini menampilkan analisis metodologi pentafsiran dan persepktif Hamka dalam penafsiran ayat-ayat berkaitan hukum ibadat yang terkandung dalam Tafsir al-Azhar. Objektif kajian telah mensasarkan pengkajian mengenai ketokohan Hamka sebagai mufassir dan penganalisisan metodologi Hamka dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum ibadat. Untuk tujuan tersebut, pengkaji telah mengemukakan dua kaedah utama bagi memperolehi hasil kajian iaitu kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Menerusi kaedah pengumpulan data, pengkaji memperoleh dan mengumpul data menerusi kaedah kajian kepustakaan bagi mendapatkan beberapa teori dan fakta yang benar lagi sesuai berasaskan sampel kajian utama iaitu Tafsir al-Azhar, kitab ilmiah, jurnal dan bahan bertulis. Kaedah penganalisisan data pula dijalankan sebagai proses dalam menghuraikan persoalan-persoalan kajian dengan tujuan untuk menjelaskan objektif kajian berpandukan kaedah induktif dan kaedah deduktif. Kajian ini telah membuktikan bahawa ilmu tafsir merupakan satu wadah penting dalam merealisasikan maksud al-Quran dan Hamka terbukti berkemampuan dengan ilmu tersebut berbekalkan ketokohan dan keilmuannya. Pentafsiran dan perspektif beliau didapati selari dengan metodologi asas pentafsiran al-Quran dan berbetulan dengan kaedah-kaedah yang dipegang mufassirin dan ulama yang berpengaruh. Dapatan kajian juga menunjukan bahawa metodologi Hamka bersesuaian dengan kaedah pentafsiran bercorak fiqh meskipun terdapat beberapa aspek kekurangan seperti pendalilan separa sempurna dan pengabaian tafsiran hukum ibadat tertentu. Metodologi pentafsiran Hamka berkeadaan luas kerana beliau cenderung memuatkan pelbagai pendapat ulama mengenai hukum ibadat dan turut menyentuh ilmu sampingan seperti sains, ekonomi, sejarah dan psikologi. Keunikan pemikiran atau keterbatasan pemikiran syariah Hamka dapat ditinjau dan dijadikan rumusan penting dan manfaat ilmiah khasnya buat para pengkaji tafsir dan syariah dan secara umumnya kepada masyarakat Muslim Nusantara.

Author Biography

  • MUHAMMMAD YUSRY AFFANDY, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

References

Al-Quran dan terjemahan. (1992). Arab Saudi: terbitan Kerajaan Arab Saudi.

A. Hasjmy. (1981). Buya Hamka pujangga yang menyuarakan dakwah Islamiah, perjalanan terakhir Buya Hamka. Jakarta: Yayasan Nurul Islam.

Abdul Rahman Abdul Aziz. (2008). Bina insan melalui pembentukan etika sosial dan etika individu dari perspektif Hamka. Pemikiran Hamka. Ed. Sidek Baba. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rouf. (2012). Dimensi tasawuf karya Hamka: Analisis terhadap Tafsir al-Azhar. Kuala Lumpur: Tesis doktor falsafah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2005). Hamka ulama’ Nusantara. Dewan Agama dan Falsafah. Kuala Lumpur: Kumpulan Kraftangan Sdn Bhd.

Hamka, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. (1974). Si Sabariah. Jakarta: Balai Pustaka.

_____________ (1982). Tafsir al-Azhar. Indonesia: Pustaka Panjimas.

_____________ (1983). Tafsir al-Azhar. Indonesia: Pustaka Panjimas.

_____________ (1985). Tafsir al-Azhar. Indonesia: Pustaka Panjimas.

_____________ (1999). Iman dan Amal. Selangor: Pustaka Dini.

_____________ (2008). Dari Lembah Cita-Cita. Selangor: Pustaka Dini.

M. Yunan Yusof. (1990). Corak pemikiran kalam Tafsir al-Azhar. Jakarta: Pustaka Panjimas.

Mazlan Ibrahim, Jawiah Dakir & Muhamad Najib Abdul kadir. (2014). Pengenalan tokoh-tokoh dan kitab tafsir Melayu ulama Nusantara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Redzuan Othman. Prof. Madya Dr. (2008). Sumbangan Hamka dalam penulisan sejarah Melayu di alam Melayu. Pemikiran Hamka. Ed. Sidek Baba. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahba & Hafiz Hamzah. (2007). Ulama membina tamadun manusia. Shah Alam: Pustaka Dini.

Wan Sabri b. Wan Yusof, Dr. (2008). Tafsir al-Azhar: suatu gambaran perubahan sosial di Indonesia pada abad ke-20. Pemikiran Hamka. Ed. Sidek Baba. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

2017-11-12

Issue

Section

Religious Studies