PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pembelajaran teradun yang direalisasikan melalui Curriculum Information Document Online System (CIDOS) di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Penekanan diberikan kepada pengetahuan, penerimaan dan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pelajar menggunakan pembelajaran teradun. Penyelidik juga ingin mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin wujud dalam kaedah pembelajaran secara tradisional.  Seramai 250 orang pelajar POLIMAS dipilih sebagai responden. Mereka terdiri dari pelajar Jabatan Komunikasi Dan Multimedia, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektronik dan Jabatan Perdagangan yang dipilih secara rawak bagi mewakili setiap jabatan akademik. Borang soal selidik yang digunakan terdiri dari 5 bahagian iaitu berkaitan dengan latar belakang responden, tahap pengetahuan pelajar terhadap pembelajaran teradun, penerimaan pelajar terhadap pembelajaran teradun, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap penggunaan pembelajaran teradun dan yang terakhir masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran konvensional. Hasil penemuan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tahu tentang konsep pembelajaran teradun dan menerima bentuk pembelajaran sebegini. Pelajar juga mengetahui kebaikan atau manfaat yang mereka perolehi daripada pembelajaran teradun berbanding kaedah konvensional. Usaha dan minat yang ditunjukkan untuk mempelajari kaedah tersebut amat membanggakan. Ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif tertang pembelajaran teradun. Dengan terhasilnya kajian ini diharapkan agar semua pihak tidak kira pengurusan, pensyarah mahupun pelajar mempergiatkan lagi penggunaan pembelajaran teradun agar Lonjakan ke 9 dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melaksankan pembelajaran dalam talian tahap global tercapai.
Â
Katakunci: Persepsi, Penerimaan, Pembelajaran Teradun
References
Akbayin Hasan , Yapuci Umit (2012). The Effect Of Blended Learning Model On High School Students’ Biology Achievement And On Their Attitudes Towards The Internet. The Turkish Online Journal of Educational Technology – April 2012, volume 11 Issue 2, 10.
Balakrishnan Parasulama (2010). “Telekerja dan Implikasi kepada Usahawan Alat Baru.†Pemikir. 24. 201-219.
Chong Sei Khong @ Kenny Chong, (2012). “Penilaian Persepsi Pelajar Dewasa Terhadap E-learning: Satu Kajian Di Meteor Distance Learning Sdn. Bhd.†Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Cosgrove, N. H. (November 19, 2012). The Effect of Blended Courses on Student Learning: Evidence From Introductory Economics Courses. University of Massachusetts Dartmouth, 22.
Demirkolb Mehmet , Kazu Ibrahim Yasar (2014). Effect Of Blended Learning Environment Model On High School. The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2014, volume 13 issue 1, 10.
Georgouli, K., Skalkidis, I., & Guerreiro, P. (2008). A Framework For Adopting LMS To Introduce E-Learning In A Traditional Course. Journal of Educational Technology & Society, 11 (2), 227-240.
Mazanah Muhamad, Carter G.L.(2011). “Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa.†Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Mohd. Najib Ghafar (2011). “ Penyelidikan pendidikan.†Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Mohamad Faisal Abdul Karim dan Abdul Rahman Osman. 2012. “Pembelajaran Matematik Jarak Jauh Secara Online.†Universiti Sains Malaysia dalam “Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Nor Hasan (2010) “Cabaran Pembelajaran Melalui IT:e-learningâ€. Dalam Ahmad Zaharudin Idrus. “ Kecemerlangan Mnerusi Kreativiti Transformasi dan Cabaran UTM Skudai, Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 145-160.
Md. Noor Saleh (2009) “Telecommunication Applicants for Distance Education Malaysiaâ€. Innotech Journal. Julai hingga Disember. 55
Nor Asmihan bt Hamzah, Norhaniza Bt Mohd Noor, Azreen harina bt Azman. (2016) “Kesediaan Politeknik Sultan mizan Zainal Abidin (PSMZA) dalam Menghadapi Cabaran pembelajaran teradun (Blended Learning) .Diges Penyelidikan PSMZA 2016 Bil 1.
Nurul Nadirah bt Mohd Kasim, Fariza Khalid (2016) “Kesesuaian Pembelajaran Teradun Dari Sudut Pandangan Pelajar Pascasiswazah†. International Conference On Education For Sustainable Regional Development 2016. http://icerd2016.conference.upi.edu/wp-content/uploads/sites/13/2016/10/93.
Ryberg, T. & Dirckinck-Holmfeld, L., 2010. Analysing Digital Literacy In Action: A Case Study Of A Problem-Oriented Learning Process. In: R. Sharpe, H. Beetham & S. De Frietas, eds.Rethinking Learning for a Digital Age: How Learners are Shaping their own Experiences. Abingdon: Routledge, pp. 170 - 183.
Zakaria Kasa, Aida Suraya Md Yunus, Azizan Asmuni, Shuhaimi Napis, Bahaman Abu Samah, Mohd Zul Mohd Yusuff, Mohd Rizal Khanafie, Asmah Abdul Wahab.2012. “Penggunaan Teknologi Webcast dalam Penyampaian Kuliahâ€.Prosiding Persidangan E-Pembelajaran Kebangsaan 2012. Anjuran Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Zolkepeli Haron, Effandi Zakaria, Hukil Sino dan Abdul Rahim Omar. 2011. “Kesediaan Pelajar PJJ UKM Terhadap Penerimaan Bahan Penganjuran Pembelajaran Melalui Internetâ€. Seminar Kebangsaan Jarak Jauh.†Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia: Kertas Kerja.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS