POTENSI ABU TEMPURUNG KELAPA DALAM KELESTARIAN KONKRIT
Abstract
Kajian ini menumpukan kepada potensi penggunaan abu tempurung kelapa sebagai bahan gantian separa kepada simen dalam campuran konkrit. Tempurung kelapa, yang merupakan bahan buangan pertanian, mempunyai kekuatan mekanikal yang tinggi serta kandungan lignin dan silika yang tinggi, menjadikannya sesuai sebagai bahan binaan mampan. Melalui proses pirolisis, tempurung kelapa diubah menjadi abu yang memiliki ciri fizikal seperti konsistensi yang tinggi, kadar penyerapan air yang ketara, dan kehalusan zarah yang baik. Beberapa kajian lepas telah dianalisis, Dimana dapatan menunjukkan bahawa abu tempurung kelapa dapat meningkatkan kekuatan mampatan konkrit terutamanya selepas tempoh pengawetan 28 hari. Ujian kebolehkerjaan konkrit menunjukkan penurunan nilai kemerosotan (slump) apabila kandungan abu ditambah, disebabkan kadar penyerapan air yang tinggi oleh abu tersebut. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam kekuatan mampatan dan tegangan menunjukkan potensi penggunaan bahan ini secara lebih meluas dalam industri pembinaan, terutamanya dalam menghasilkan konkrit berprestasi tinggi yang mesra alam. Kajian ini menyokong bahawa abu tempurung kelapa boleh digunakan sebagai bahan gantian separa simen, namun penggunaannya memerlukan kawalan optimum terhadap nisbah air dalam bancuhan konkrit bagi menjamin prestasi yang konsisten.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS