Kesesuaian Campuran Serat Sabut Kelapa dan Habuk Kayu Sebagai Bahan Alternatif Di Dalam Penghasilan Papan Serpai

Authors

  • Nor Hazian Osman
  • Abdul Aziz Ahmad
  • Sharizal Bin Shamsudin

Abstract

Bahan alternatif mampan merupakan salah satu bahan yang popular diterokai oleh penyelidik di serata dunia masa kini. Serat sabut kelapa dan habuk kayu merupakan hasil sisa buangan industri yang boleh dijana semula untuk produk yang inovatif. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti potensi serat sabut kelapa dan habuk kayu dalam penghasilan Papan Serpai Alternatif (PSA). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan nisbah optimum campuran serat sabut kelapa dan habuk kayu dalam penghasilan PSA dan mengkaji sifat-sifat fizikal dan mekanikal PSA dengan nisbah campuran yang berbeza. Tiga siri nisbah campuran serat sabut kelapa kepada habuk kayu telah direkabentuk iaitu 50:50, 40:60, dan 30:70. Setiap sampel PSA dikeringkan sehingga tahap kelembapan kurang daripada 6%, dipecahkan, dan diproses dalam acuan dengan mesin pemotong panas pada suhu 160ºC. Kemudian, sampel dipotong kepada saiz 300mm x 300mm dan sifat-sifat fizikal dan mekanikal seperti ketumpatan, kekuatan lenturan, ikatan dalaman, ketebalan bengkak, dan penyerapan air diuji. Hasil dapatan menunjukkan nisbah optimum serat sabut kelapa kepada habuk kayu ialah 50% (50:50) untuk mendapatkan prestasi yang terbaik manakala siri nisbah 30:70 merupakan campuran yang paling lemah. Dengan itu, serat sabut kelapa dan habuk kayu merupakan bahan sisa yang berpotensi untuk digunakan dalam penghasilan papan pada nisbah campuran 50:50. Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk menghasilkan dapatan yang muktamad.

 

Kata Kunci:       Serat Sabut Kelapa, Habuk Kayu, Papan Serpai Alternatif (PSA)

Downloads

Published

2024-11-19

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)