Hala Tuju Graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Authors

  • MU'AMMAR SHAKIR BIN ZAINAL ABIDIN POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
  • HARISON BINTI HUSAIN
  • LEE KA GAIK

Abstract

Kajian ini menyelidik hala tuju graduan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Objektif utama kajian adalah untuk menentukan kadar kebolehpasaran, mengenal pasti bidang pekerjaan yang diceburi, serta menilai kecenderungan graduan untuk menjadi usahawan. Kajian ini melibatkan pelajar yang tamat pengajian pada Sesi I dan II 2022/2023. Hasil kajian menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan berada pada tahap tinggi dengan 88.39% graduan memperoleh pekerjaan, tetapi hanya 37.74% daripada mereka bekerja dalam bidang yang sejajar dengan pengajian. Walau bagaimanapun, kadar penglibatan dalam bidang keusahawanan masih rendah pada 1.29%. Dapatan ini diharap dapat membantu POLIMAS dalam memperbaiki kurikulum agar lebih relevan dengan keperluan industri dan memberi galakan kepada graduan untuk menceburi bidang keusahawanan. Dapatan kajian ini penting untuk pelbagai pihak berkepentingan di POLIMAS, termasuk pihak pengurusan dan pensyarah, bagi mengenal pasti kekuatan serta kekurangan dalam program pengajian semasa. Maklumat ini boleh digunakan untuk menambah baik kurikulum dan strategi pengajaran agar lebih relevan dengan kehendak pasaran. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran yang komprehensif tentang hala tuju graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan membantu POLIMAS dalam melaksanakan penambahbaikan program yang lebih selaras dengan keperluan industri dan pasaran kerja yang dinamik.

Downloads

Published

2025-04-07

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)