Reka Bentuk Penapis Minyak Sisa Dengan Menggunakan Kaedah Silikon Buatan Sendiri

Authors

  • Mohd Hairol Mizzam Bin Haris
  • Riduwan Bin Zakaria
  • Dr Syaiful Nizam Bin Ab Rahim POLIMAS

Abstract

Inovasi ini daripada produk penapis minyak yang sedia ada, yang terinspirasi oleh produk penapis minyak sisa yang dihasilkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam. Penyelidik mengubahsuai projek ini dengan mencipta penapis minyak sisa yang mempunyai rekabentuk dan bahan yang berbeza. Penapis minyak ini dipasang di dapur premis atau rumah untuk menapis minyak dan sisa makanan sebelum air disalurkan ke dalam sistem pembentungan. Tujuan utama penapis ini adalah untuk mengasingkan minyak sisa dari air, agar minyak dan lemak tidak menggumpal di dalam paip, yang boleh menyebabkan paip tersumbat. Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan produk menggunakan kaedah silikon buatan sendiri dan mencetak acuan menggunakan kaedah percetakan 3D dengan filamen jenis ABS. Penyelidik perlu mengkaji rekabentuk yang sesuai untuk menghasilkan penapis minyak sisa. Proses pembuatan silikon buatan sendiri melibatkan campuran gam silikon dan tepung jagung, yang memerlukan 5-10 minit untuk menghasilkan satu bahagian dan mengambil masa 24 jam untuk bahan tersebut kering dan mengeras sepenuhnya. Setelah mengeras, ia akan melalui proses penamat dan penambahbaikan. Penyelidik juga menguji kebocoran penapis minyak sisa yang dihasilkan dan menganalisa bahan-bahan yang digunakan. Hasil analisa menunjukkan bahawa masa untuk menghasilkan satu bahagian adalah berpatutan dan bahan yang digunakan mempunyai kos yang lebih rendah berbanding penapis minyak sisa yang sedia ada. Kesimpulannya, projek ini berjaya mencapai objektifnya dengan menghasilkan penapis minyak sisa yang efektif dan kos efektif, serta memperbaiki masalah kebocoran dan kesesuaian rekabentuk. Projek ini membuktikan bahawa inovasi dalam penggunaan bahan dan kaedah pembuatan boleh menghasilkan produk yang lebih baik dan lebih murah.

 

Kata kunci :  Penapis minyak sisa, Silikon buatan sendiri, Percetakan 3D, Rekabentuk

Downloads

Published

2024-12-01

Issue

Section

Engineering (Civil, Electrical,Mechanical)