FAKTOR PENGGUNAAN KENDERAAN PERSENDIRIAN, TEMPAT LETAK KENDERAAN DAN STRUKTUR JALAN MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS DI KAWASAN POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
Abstract
Kes kesesakan lalulintas sering kali dibangkitkan di dalam kampus politeknik sultan abdul halim muadzam shah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor penggunaan kenderaan persendirian, tempat letak kenderaan dan struktur jalan menyebabkan kesesakan lalulintas di kawasan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kaedah kajian adalah secara soal selidik dan seramai 300 orang pelajar pelbagai bidang telah dipilih sebagai responden. Hasil kajian mendapati bahawa hanya, faktor tempat letak kenderaan dan struktur jalan mempengaruhi kesesakan lalulintas di kawasan politeknik sultan abdul halim muadzam shah. Faktor penggunaan kenderaan persendirian kurang mempengaruhi kesesakan jalan raya kerana berkemungkinan responden merasakan penggunaan kenderaan persendirian adalah perlu di sebabkan oleh kurangnya alternatif pengangkutan awam di dalam kampus politeknik sultan abdul halim muadzam shah.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS