KAJIAN BLOW MOULDING DALAM VIRTUAL REALITY
Abstract
Blow Moulding in Virtual Reality ini dibangunkan sebagai bagi alat bantu mengajar secara maya bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Plastik) di POLIMAS. Terdapat dua kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam bidang mekanikal plastik ; kaedah pertama iaitu menjalankan amali di bengkel manakal kaedah kedua adalah dengan melihat video melalui paparan skrin. Bagi mencapai objektif, satu simulasi realiti maya telah dibangunkan secara reality maya 360 darjah di bengkel plastik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra Kedah. Projek inovasi ini tertumpu kepada aspek rekabentuk 'Green Building' yang diaplikasi dalam bengkel tersebut dan dibangunkan menggunakan aplikasi Kuula. Kajian persepsi ke atas penggunaan teknologi realiti maya ini telah dilakukan kepada 10 orang responden daripada Program Diploma Mekanikal Plastik Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah menggunakan kaedah kuantitatif secara soalan terbuka dan dianalis menggunakan teknik skala Likert. Majoriti responden bersetuju kaedah ini dapat membantu dalam memahami topik yang dipelajari terutama yang melibatkan pemprosesan mesin. Oleh itu, adalah diharapkan agar kaedah realiti maya ini dapat diaplikasikan dengan lebih baik dalam pembelajaran dan pengajaran.
Kata kunci : Blow Moulding, virtual reality, alat bantu mengajar
Downloads
Published
Issue
Section
License
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
POLIMAS